I'm back!

tak teruja ke aku dah kembali ke zaman kegemilangan dulu. ingat senang ke nak kembali sejak dah jadi student ipt. zaman pun makin maju makin mudah dengan teknologi sedia ada. mari kita guna sebaiknya.

Alhamdulillah, ni dah masuk semester keempat aku belajar kat ipt (kptm jerr). Bermakna dah 2 tahun dan tinggal lagi setahun untuk habiskan diploma. Kalau masa zaman sekolah, ingatkan senang je nak habiskan diploma lepastu sambung degree-master-phd dan bila dah masuk ipt nak ke diploma tu pun dah tercungap-cungap nak habiskan. haha ini benda betul, bukan setakat assignment-project-task-test je tapi kau akan hadapi penyakit homesick tahap ganda 23. Ini berdasarkan aku la yang terlampau manja ni.

_________________________________________________________________



Bila dah makin bertambah umur ni, teringat zaman sekolah je. Rindu suasana, rindu kawan-kawan yang dah lama sangat rasanya tak contact (ada pun berapa kerat je). Paling rindu ex-boyfriend la. haha (harap matkaren tak baca la kan). Pernah la cuba cari cara nak contact ex-boyfriend tapi orang tak sudi nak kawan, friend request facebook tu dah nak 3 tahun tak accept. nak kata tak buka facebook macam tipu je. so cari juga kat twitter, insta, wechat. no-results. mungkin dia tak berkembang dengan teknologi kot. kot-lah. haha


walau kat mana pun dia, aku doakan dia berjaya dan jangan curang-curang dah. penat tengok drama kau. haha, dan aku dah tak ada feeling apa pun kat dia. none-at-all. macam dah basi sangat dah, kosong dah. sebab sekarang pun dah bahagia. aku cuma nak berkawan je, kita kawan dari sekolah rendah kot.


dia ni kira cinta monyet pertama aku la. memula gaduh-gaduh lepastu suka. dah suka pun asyik gaduh je haha tak faham la aku. putus sebab dah penat la gaduh je


macam kejam je first entri dah sembang pasal ex. 
nanti second entri aku cerita pasal ex kedua, cewah tak ada lah. nanti aku fikir nak cerita apa.

No comments:

Post a Comment