kita throwback sikit, sebab rindu.


Siapa rindu #OpenHouseVillaBasong ? 


Biasalah bila dah rindu mesti nak throwback. Raya tahun lepas kitorang pakat-pakat nak buat open house 1.0 so kumpul duit beli barang bahagi tugas masak, kemas rumah, buat itu ini penat gila. kitorang buat hari jumaat so jemputan mula pun lepas solat jumaat 2-6pm. tapi tak sangka pula bila dah makin petang makin ramai datang dan makin matahari memancar-mancar betul depan pintu masuk rumah. 

alhamdulillah ramai juga yang datang (itu pun ada yang terlepas pandang untuk bagi undangan). kebanyakkannya yang datang tu classmate. kalau ada yang lain tu, sebab memang rapat. tapi bihun banyak lebih, sampai malam tu dah basi so buang macamtu je. first time buat, so tak dapat agak berapa banyak kena masak. untuk #OpenHouseVillaBasong2.0 masih dalam perbincangan dari segi menu, tarikh, masa dll. yang 2.0 ni lagi besar-besaran daripada 1.0 sebab tahun ni dah tahun terakhir diploma. a bit sad, tapi insyaAllah tak akan ada yang kecil hati sebab tak dapat invitation, okay? 

#VillaBasong di twitter atau instagram, ada lah gambar-gambar suasana majlis.

No comments:

Post a Comment