Salah, tetap salah.

Assalamualaikum

Orang kata berkawan biar beribu--
Tapi bagi aku biarlah kawan tu cuma satu asalkan dia terima aku seadanya. Daripada kawan beribu tapi sewenangnya judge aku macam aku ni je buruk kat mata dia. Well, who cares? Haha basically aku bukan jenis ambil kisah pun orang mengumpat aku ni. Sebab bagi aku, orang yang loser je mengumpat orang lain. Kah!

Kalau pengikut twitter aku, mungkin tahu cerita tapi entahlah kot kauorang tahu ke tidak ke tak pernah kisah pun macam aku? Haha aku bukanlah seorang yang suka cerca orang lain dekat laman sosial. Bukan cara aku, kias sikit-sikit tu biasa la. Nak jentik sikit, siapa yang terusik hati dan jiwa tu nasiblah ye. Random.

Dengan aku, mudah. Buat salah, minta maaf dengan cara yang betul dan logik akal. Kalau setakat minta maaf dekat laman sosial lepastu tak sampai sejam dah buat hal lagi, baik makan je kata-kata maaf tu. Tak ikhlas. Orang ikhlas ni dia tahu salah dia, orang nampak effort dia nak minta maaf seikhlas hati dan takkan ulang kesilapan. 

Jangan ye anak-anak, buat salah dengan orang berulang kali. Susah nanti nak merangkak kat padang masyar mencari orang tu nak minta maaf. 


Nasihat aku, kalau ada rasa tak suka atau benci seseorang. Hentikanlah, sebab benda tu sia-sia je. Sendiri yang sakit hati. Lagipun, perlu ke nak bebankan fikiran dengan orang yang kau tak suka tu? So, apa lagi? Berubah. Tak susah pun nak 'treat people around you nicely' prinsip aku, "orang buat baik dengan aku, akan ku tabur segala kebaikkan setimpal dengan keadaan kepadanya." Janganlah mudah sangat nak tampal kat dahi setiap orang tu mengikut perasaan dan andaian sendiri, sedangkan orang tu sepatah pun tak pernah nak burukkan kau. Tak berbaloi pun. Jaga mata, jaga hati dan jaga mulut anda ye. Bye!

No comments:

Post a Comment