First, mestilah kena sediakan bahan. Make sure lengkap bahan baru buat.
Minyak masak (1 cawan), Krimer Manis (1 cawan), Telur (2 biji), Gula kasar (1 cawan), Tepung Gandum (2 cawan), Serbuk Koko Van Houten (1 cawan) dan air panas (1 cawan).
Aluminium foil sebagai alas bekas isi adunan yang telah siap dan sebagai penutup bekas yang berisi adunan (supaya tak masuk wap air).
Tepung penaik dan Natrium bikarbonat (1 sudu teh. Jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Kalau banyak sangat nanti di bahagian tengah kek akan mendap)
1. Bahan A - tepung gandum + serbuk koko + tepung penaik + natrium bikarbonat.
2. Pecah telur 2 biji + gula --> putarkan guna pemutar (tak perlu sampai kembang)
3. Masukkan minyak masak dan krimer manis.
4. Masukkan bahan A. (Masukkan sedikit demi sedikit)
5. Masukkan air panas dan putar sehingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam bekas. Pastikan sebelum adunan di tuang, bahagian bawah sudah dialas dengan aluminium foil.
7. Kemudian tutup bahagian atas bekas. Agar wap air tidak kena pada adunan.
8. Kukus selama 1 jam 30 minit. (Tambah air sekiranya air di dalam kuali/pengukus kering dan setelah 1 jam 30 minit, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek tersebut masak sepenuhnya).
*Maaf sebab tak sempat capture sebelum adunan masuk ke kuali.*
Hasilnya....
Kemudian kita akan buat topping ye. Sediakan bahan-bahannya.
Serbuk koko (1/2 cawan), krimer manis (3 atau 4 sudu) dan minyak masak (2 sudu).
Campurkan krimer manis.
Campurkan minyak masak.
Adun sehingga sebati. Sekiranya terlalu keras.
Campur sedikit air panas.
Kacau laju-laju sehingga jadi seperti di atas.
Lumurkan di atas kek. (Pastikan kek sejuk sedikit baru lumurkan ye)
Boleh hiaskan atas kek tersebut.
Bagaimana? Senang bukan? Haha. Walaupun sepatutnya ada yang perlu diletakkan gambar tapi tak ada gambarnya. Terkadang, apa yang aku tulis bukanlah semua orang faham. Tapi, buat-buat faham je lah ye? Hihi, selamat mencuba! :) Kalau kurang faham. Boleh tanya di comment ye. Sekian.












No comments:
Post a Comment