Belli dah grad!

dah lama tak menaip panjang lebar ni,
rasa rindu pula nak ber-blogging?


Alhamdulillah, pada November 2016 aku konvo dan secara rasminya habis belajar dan bertukar ke status graduan. Buat masa ni, Diploma sahaja. Diploma pun, ingat semudah 1 2 3 ke nak tamat belajar? Berapa kali give-up, berapa kali homesick sampai nak berhenti belajar, berapa kali rasa tak boleh go-on dengan course tu, berapa kali mengeluh sebab rasa diri ni tak mampu nak buat yang terbaik... Dalam pada bergelumang dengan hati dan perasaan yang berbolak-balik, alhamdulillah tamat 3 tahun yang mencabar bagi aku.


Aku rasa selain ibuayah, orang paling banyak support aku dari awal sampai habis belajar adalah Bell dan Nia. Dari sama kumpulan masa orientasi, jadi roommate, jadi housemate. Sekarang dah habis belajar pun masih jadi orang yang selalu ada susah senang aku. Yang tak pernah mengalah untuk pertahankan persahabatan kami. Walaupun aku selalu terasa hati dan merajuk. Haha tapi itu la tempat aku bermanja.

Thanks to semua yang membantu atau tak membantu sepanjang pengajian ni. Kalau boleh nak listkan semua nama diorang tapi biarlah yang tahu je tahu. hehe Sepanjang 3 tahun di KPTMBP, terlalu banyak pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Dari strangers, boleh jadi kawan, boleh jadi sangat rapat, dan boleh jadi strangers balik. haha imagine je la diorang boleh celebrate birthday aku selama 3 hari berturut dengan pelbagai kejutan (mandi air sabun, mandi tepung + telur ayam kampung, mandi lopak air hujan)

ps: dah 3 tahun la grad, baru nak post sekarang. lol dah berkulat kot. till then, haha


No comments:

Post a Comment