Dah lama sangat tak menaip disini--
Terlalu lama, dan terlalu banyak cerita tergendala.
Posting yang lepas Belli dah grad, sekarang tiba-tiba dah kahwin?
Dari 2016 terus lompat ke 2023 atau nak terus ke 2025 ya? Hehe
Dipendekkan cerita, 30 Jun 2023 selamat menikah.
Dah jadi isteri orang ni kiranya masuk fasa yang berlainan sangat dah dari kehidupan dahulu. Memang banyak perkara yang best dan tak best. Haha
Perkahwinan berbeza budaya, adat dan keturunan.
Tak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang yang berbeza ni. Selama ni fikir akan kahwin dengan orang Malaysia, Melayu dan Islam je.
Harini, berkahwin dengan yang keluarganya berketurunan Bawean(Boyan).
Banyak sangat benda yang jadi kejutan untuk aku dan juga family aku sendiri. Haha
Tapi alhamdulillah, kita cuba serasikan diri dengan keluarga mertua walaupun ada beberapa perkara yang aku agak tak berkenan. Dalam family mertua ni, memang aku satunya yang 'berbeza'. Jadinya kadang janggal dan kekok sikit.
Dah hampir 2 tahun berkahwin dan dikurniakan seketoi anak perempuan comel. Haaa bukan setakat dah kahwin, tibe ada anak jugak hehe sekarang rasa hidup dah sempurna. Cuma kewangan je kadang tak cantik hahaha
Okay, itu je sinopsis sepanjang 2017-2025. Kisah lebih mendalam kita cerita kemudian. Bye

No comments:
Post a Comment